Image

Mengapa Memilih Pendidikan Al Quran?

Menjadi satu kewajipan kepada setiap muslim untuk membantu sesama muslim lain mempelajari Al Quran

Sebaik-Baik Manusia

Sebaik-Baik Manusia

Dari Ustman bin Affan radhiyallahu ‘anhu berkata: “Bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadits riwayat Bukhari). Al Quran menaikkan kedudukan manusia hidup mulia di sisi Allah s.w.t. Bermula dari menjadi pelajar sehinggalah menjadi guru kepada orang lain pula.
Pahala Setiap Huruf

Pahala Setiap Huruf

Abdullah bin Mas'ud berkata; Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah (Al Qur`an), maka baginya satu pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan akan dilipat gandakan menjadi sepuluh kali, aku tidak mengatakan ALIF LAAM MIIM itu satu huruf, akan tetapi ALIF satu huruf, LAAM satu huruf dan MIIM satu huruf. (Hadis Sahih Riwayat At-Tirmizi)
Al Quran Terpelihara

Al Quran Terpelihara

Allah telah menjamin pemeliharaan Al Quran dalam firman-Nya bermaksud “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur’an dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Al-Hijr: 9) Sesuatu yang terpelihara, sudah tentu membawa kedamaian dan ketenangan. Kehidupan mereka yang terlibat dengan pendidikan Al Quran juga InsyaAllah akan terpelihara.

Mengapa Memilih Al Baghdadi ?

Al Baghdadi Merupakan Jenama Pendidikan Al Quran Yang Sistematik

Jenama Yang Dipercayai

Jenama Yang Dipercayai

Semenjak Tahun 2009, Al Baghdadi menjadi jenama Pendidikan Al Quran yang dipercayai ramai sehingga menarik minat masyarakat membuka Pusat Pembelajaran Al Baghdadi.
Jenama Yang Diiktiraf

Jenama Yang Diiktiraf

Semenjak Tahun 2013 sehingga tahun 2017, Al Baghdadi telah mencipta 7 buah rekod di dalam The Malaysian Book Of Records, 1 Anugerah Pingat Emas kategori 'Cap Dagang' @ Jenama oleh KPDNN dalam Anugerah Harta Intelek Negara 2017 dan telah dicalonkan sebagai Finalis dalam Anugerah Inovasi Negara pada tahun 2013 & 2017
Unik & Inovatif

Unik & Inovatif

Program dan Produk Al Baghdadi sangat Unik,Kreatif dan Inovatif bagi menghasilkan pembelajaran Al Quran yang seronok dan berkesan. Pelbagai produk ini adalah hasil rekacipta dan disusun sendiri melalui kepakaran dan kajian dalaman oleh Al Baghdadi.
Anjakan Paradigma

Anjakan Paradigma

Persepsi dan reaksi pembelajaran Al Quran telah mengalami anjakan paradigma, kelas Al Quran kini lebih menyeronokkan, eksklusif dan lebih berkesan.

PROGRAM AL BAGHDADI YANG UNIK

Al Baghdadi telah menyusun program pembelajaran Al Quran yang sangat unik

umurprogram.png

Kami menyediakan pelbagai Program Pembelajaran Al Quran mengikut peringkat usia. Sebanyak 1891 buah pusat telah berdaftar sehingga 22 September 2018

Jom Hadir Seminar

LIPUTAN MEDIA

Liputan Media Yang Sangat Meluas Membantu Al Baghdadi Dikenali Ramai

Peluang Menjana Keuntungan

Ayuh Bersama Al Baghdadi Menjana Keuntungan Dunia & Akhirat

Usahawan

Peluang menjadi sebahagian kelompok usahawan yang memiliki institusi pendidikan Al Quran mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada guru-guru Al Quran.

Guru Al Quran

Peluang menjadi Guru Al Quran yang profesional di lebih 1600 buah centre Al Baghdadi ,InsyaAllah dapat menjamin masa depan yang lebih baik untuk diri dan masyarakat.

Pengendali

Peluang menjadi pengendali program pelatihan sekiranya anda mempunyai bakat,  kebolehan membimbing dan berpengalaman di dalam bidang profesional.

HARI ANUGERAH TAHUNAN

Pengiktiran dan Penghargaan akan diberikan kepada guru dan pengusaha yang komited

event-expand1.jpg

Tahun 2016

Tahun 2015

Tahun 2014

Tahun 2013

Hubungi Kami

logo-connecagsb.png

Direktori Rangkaian Pusat Pengajian Al Quran Teknik Al Baghdadi seluruh dunia